Sunday, October 3, 2010

Latar Belakang Mendiang Cik Kwa (BH, 04.10.10)

Mendiang Cik Kwa dilahirkan di Singapura pada 21 Disember 1920.

Bapanya, Encik Kwa Siew Tee, adalah Pengurus Besar Oversea-Chinese Banking Corporation (OCBC) dari 1935 hingga 1945.

1936: Tamat pendidikan menengah di Sekolah Perempuan Methodist. Tempat pertama dalam Peperiksaan Senior Cambridge seluruh Malaya.

1937-39: Sertai Kelas Khas Raffles Institution, temui Encik Lee Kuan Yew.

1940-46: Sertai Maktab Raffles pada 1940 dan kembali pada 1946 setelah berakhir Perang Dunia Kedua.

1947: Tamat pengajian di Maktab Raffles. Raih Kelas Pertama Diploma Kesenian, dan terima biasiswa Queen's Scholarship.

1947-49: Masuki jurusan undang-undang sebagai pelajar tahun kedua di Kolej Girton, Universiti Cambridge. Raih tempat pertama dan menjadi wanita Asia pertama dianugerahi kepujian kelas pertama.

1947: Berkahwin secara senyap dengan Encik Lee Kuan Yew.

1950: Menjadi peguam di Middle Temple pada 21 Jun. Kembali ke Singapura. Berkahwin dengan Encik Lee pada 30 September.

1951: Sertai firma guaman setempat.

1952: Melahirkan Encik Lee Hsien Loong.

1955: Tubuhkan firma guaman Lee & Lee bersama-sama Encik Lee Kuan Yew dan adiknya, Encik Lee Kim Yew.

1955: Melahirkan Dr Lee Wei Ling.

1957: Melahirkan Encik Lee Hsien Yang.

1959: Encik Lee Kuan Yew dilantik menjadi Perdana Menteri Singapura. Adiknya dan Cik Lee mengambil alih firma Lee & Lee.

1965: Bantu melakarkan sebahagian Perjanjian Perpisahan apabila Singapura keluar dari Malaysia.

2003: Mengalami angin ahmar pada Oktober ketika mengunjungi London. Kesihatannya dapat dipulihkan dan beliau terus menemani Encik Lee dalam lawatan-lawatan rasmi.

2008: Mengalami dua serangan angin ahmar pada Mei dan Jun, menyebabkan mendiang tidak dapat bergerak atau berbual.

2010: Meninggal dunia pada usia 89 tahun, 11 minggu sebelum hari jadinya yang ke-90.

No comments: