MENINJAU KEROSAKAN: Dr Fatimah meninjau kesan kebakaran yang merosakkan kuil Persatuan Chong Hood Lim dan Gereja Coronation Baptist. -- Foto ihsan ERIC WONG
Oleh Hisham Hasim
PENGANUT Kuil Persatuan Chong Hood Lim yang terjejas teruk akibat kebakaran Sabtu lalu akan dibantu agar dapat meneruskan kegiatan keagamaan mereka di sebuah kawasan berdekatan.
Setiausaha kehormat kuil di Lorong 25A Geylang itu, Encik Sim Piah Hui, berkata aras dua dan tiga bangunan tiga tingkat itu hangus.
Turut terjejas ialah Gereja Coronation Baptist di sebelah kuil itu. Tiada sesiapa cedera dalam kebakaran itu.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia mendapat panggilan kecemasan sekitar 1.15 petang, dan api dipadamkan dalam masa 10 minit.
Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Profesor Madya Dr Fatimah Lateef, bergegas ke tempat kejadian setelah mendapat tahu.
Di sana beliau diberi taklimat tentang kebakaran itu oleh pegawai SCDF dan berbincang dengan wakil kuil dan gereja mengenai keprihatinan mereka.
'Kami sering membuat kunjungan muhibah ke kuil dan persatuan suku kaum dalam estet perumahan di kawasan undi kami. Anggota akar umbi bersama pasukan SCDF turut mengadakan latihan kecemasan bersama dan ini akan diteruskan.
'Ia akan meningkatkan kesedaran dan kewaspadaan tentang apa yang perlu dilakukan ketika kejadian sebegini berlaku. Ini mengeratkan lagi ikatan penduduk dan badan-badan di sini,' kata Dr Fatimah.
Mengenai langkah selanjutnya, Dr Fatimah berkata beliau telah menulis surat kepada pelbagai agensi bagi membantu penganut kuil itu menjalankan kegiatan keagamaan di kawasan berdekatan.
'Mereka akan menganjurkan satu kegiatan yang tidak dapat ditangguhkan minggu ini. Oleh itu saya telah berbincang dengan pihak kuil dan mendapatkan wakil BCA (Penguasa Bangunan dan Pembinaan) membantu mereka.
'Kuil itu agak bernasib baik kerana mereka baru saja selesai membina sebuah pusat kegiatan baru berdekatan. Ini dapat digunakan bagi beberapa acara mereka,' katanya.
Menurut Dr Fatimah lagi, gereja itu diberitahu SCDF terdapat ketidakstabilan pada struktur bangunan itu dan mereka dinasihati mencari tempat sementara lain.
'Kami akan membantu mereka sejurus mereka berbincang dan mempunyai saranan selanjutnya,' kata Dr Fatimah.
http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,181728,00.html?

No comments:
Post a Comment