Oleh Dr Radiah Salim
'...Iblis mengalir dalam diri seorang insan seperti darahnya sendiri...' - Hadis daripada al-Bukhari dan Muslim.
PENAGIHAN merujuk kepada penggunaan sesuatu benda yang berulang-ulang dan meningkat, hingga kalau benda itu disekat, penggunanya akan berasa sengsara dan gian untuk menggunakan benda itu sekali lagi yang boleh menyebabkan kerosakan jasmani dan mental.
'Penagihan' dulu merujuk kepada kebergantungan terhadap benda yang ditelan, disedut atau disuntik.
'Benda' itu selalunya adalah sesuatu ubat preskripsi atau dadah yang disalahgunakan. Pengertian 'kebergantungan' yang didorong oleh perasaan gian terhadap dadah, minuman atau makanan, sekarang ini juga merangkumi nafsu terhadap sesuatu yang tidak berupa benda seperti nafsu seks, perjudian, permainan komputer atau pelungsuran Internet.
Secara psikologi, perjalanan menuju ke penagihan atau kebergantungan boleh bermula dari suatu niat untuk mencuba. Walau bagaimanapun, ia boleh dikaitkan dengan keadaan emosi seseorang itu atau merupakan suatu kesan daripada orang yang menghadapi masalah kerisauan atau kemurungan dan masalah-masalah ini juga boleh mengekalkan penagihan itu sendiri.
Minda dan hati seiring. Apabila penagihan itu berterusan, azam untuk melawan menjadi lemah dan ini membawa kepada respons fisiologi dan tekanan emosi. Percubaan untuk mengawal atau menyingkirkan penagihan itu gagal apabila minda dan emosi terdedah kepada godaan daripada sekitaran dan daya tahan kalah menyebabkan kebiasaan yang dahulu kekal. (Dipetik daripada IMH Guide to Psychiatry).
KISAH-KISAH BENAR BUAT RENUNGAN
Cik H seorang penagih dadah heroin. Ibunya juga seorang penagih. Dia sedang menjalani hukuman penjara kerana mengedar dadah. Dia tidak menyalahkan ibunya kerana masalah penagihannya. Ibunya dulu selalu menasihatkannya agar tidak mengambil dadah sebab dikhuatiri dia akan terjebak - 'jatuh cinta pertama kali mencuba'.
Malangnya, Cik H menjadi ketagih setelah mencuba kerana ingin tahu.
Encik N pula mula meminum alkohol dan merokok semasa usianya baru mencecah 12 tahun. Dia berhenti sekolah awal kerana padanya sekolah 'membosankan' dan mula bekerja sebagai pembersih meja makan di kedai kopi di kawasan rumahnya.
Dia berkahwin dalam umur 20-an tahun dan mempunyai tiga anak lelaki. Pada masa itu, Encik N bekerja sepenuh masa sebagai pembantu pejabat. Perkahwinannya tidak kekal kerana isteri dan anak-anaknya tidak tahan dengan tabiatnya yang suka meminum arak.
Bekas isterinya berkahwin lagi dan membesarkan anak-anak mereka dengan bantuan suami keduanya. Encik N menghabiskan hayatnya hidup bersendirian. Waktu umurnya dalam 60-an, dia menghidap barah kerongkong dan maut akibat penyakit itu.
BERMULA DENGAN NIAT
Kitab suci Al-Quran menerangkan bagaimana syaitan membisikkan cadangan kepada Nabi Adam as dan isterinya, Siti Hawa, dalam ayat-ayat berikut:
'Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup daripada mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: 'Tuhan kamu tidak melarangmu daripada mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam syurga).' Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya, 'Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua.' (Surah Al-A'raaf, 7: 20-21)
Demikianlah bermulanya manusia pertama (Adam) dengan niat mencuba memakan buah daripada pohon yang dilarang Allah mendekatinya. Buah yang terlarang itu melambangkan benda-benda yang boleh membawa kepada penagihan. Niat jahat itu dicadangkan oleh musuh manusia yang kekal iaitu syaitan.
Syaitan berikrar akan terus menggoda Bani Adam:
' '....kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (ta'at).' (Surah Al-A'raaf, 7: 17)
PENCEGAHAN LEBIH BAIK
Al-Quran menganjurkan cara pencegahan, sepertimana yang digambarkan oleh ayat-ayat berikut:
'Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat dari bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.' (Surah Al-Baqarah, 2: 168-169)
'Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditimpa was was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.' (Surah Al-A'raaf, 7: 200-201)
Seterusnya, Al-Quran menggambarkan sekumpulan manusia yang boleh melawan cadangan-cadangan jahat daripada syaitan.
'Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah.' (Surah An-Nahl, 16: 99-100)
PENYEMBUHAN
Cara Al-Quran menyelesaikan masalah penagihan boleh dilihat dengan meneliti cara penyelesaian masalah penagihan alkohol yang berleluasa di zaman Nabi Muhammad saw. Ayat-ayat berkenaan arak diwahyukan secara berperingkat.
Pada mulanya, Al-Quran menggambarkan bagaimana pengambilan arak dan perjudian itu ada mengandungi dosa dan manfaat, dan dengan cara ini, mengajak manusia memikirkan kebaikan meninggalkan kedua-duanya.
'Mereka bertanya kepadamu tentang khamar (arak) dan judi. Katakanlah: 'Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya...' (Surah Al-Baqarah, 2: 219)
Demi menggalakkan mereka supaya mengurangkan pengambilan alkohol, wahyu diturunkan melarang mereka solat dalam keadaan mabuk. Seorang Muslim diwajibkan solat lima kali sehari. Waktu-waktu solat itu jatuh pada masa-masa yang berbeza dan perintah baru ini berjaya mengurangkan pengambilan alkohol di kalangan para pengikut Rasulullah.
'Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan...' (An-Nisaa', 4: 43)
Setelah kaum Muslimin biasa berada dalam keadaan yang tidak mabuk pada sebahagian besar waktu, dan dengan demikian untuk berhenti daripada meminum arak tidak sukar, barulah perintah mengharamkan sama sekali pengambilan alkohol diturunkan.
'Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). (Surah Al Maa'idah, 5: 90-91)
Daripada sunah Rasulullah juga terdapat banyak hadis yang menerangkan kejahatan alkohol dan benda-benda lain yang memabukkan.
'Jangan sekali-kali meminum arak kerana ia punca segala yang lucah.' (dari Ahmad bin Hanbal)
'Setiap arak yang memabukkan adalah haram.' (dari al-Bukhari dan Muslim).
KESIMPULAN
Akhir kata, Al-Quran menggambarkan bahawa manusia itu condong kepada kejahatan, justeru manusia itu sendiri boleh menjadi ketagih terhadap benda- benda yang akhirnya merosakkan dirinya sendiri.
'Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan) kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Allah Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Surah Yusuf, 12: 53)
Al-Quran kemudian memberi pengharapan dalam penangkisan masalah penagihan dengan menggambarkan bahawa hanya mereka yang mengambil syaitan sebagai pelindung mereka yang akan 'sesat di hujung jalan'.
'Sebahagian diberi-Nya petunjuk dan sebahagian lagi telah pasti kesesatan bagi mereka. Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan-syaitan pelindung (mereka) selain Allah, dan mereka mengira bahawa mereka mendapat petunjuk.' (Surah Al A'raaf, 7: 30)
Nota: Penulis ialah doktor di Poliklinik Yishun.
http://cyberita.asia1.com.sg/mrencana/story/0,6879,173929,00.html?

No comments:
Post a Comment